PENDAFTRAN KURSUS PERKAHWINAN SMS DAN ONLINE

PUSAT BIMBINGAN KELUARGA AL-FATAH
NO. 161, JALAN MERSING, 86000 KLUANG, JOHOR.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLIH HUBUNGI
PUAN ASHA ( 00 )


LOKASI KURSUS PRA-PERKAHWINAN DI JOHOR

Minggu 1 - Pertubuhan Peladang Kulai Jaya
Minggu 2 - Masjid Taman Desa Jaya, Tiram
               - Masjid Jamek Al-Kausar, Kluang
Minggu 3 - Masjid Jamek Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
               - Pertubuhan Peladang, Simpang 5, Batu Pahat
Minggu 4 - kota masai, Pasir Gudang
- Pertubuhan Peladang, Pt. Raya, Batu Pahat



TEMPAT TERHAD, DAFTAR SEGERA...



Terdapat beberapa lokasi di 4 daerah iaitu di Johor Bahru, Kulaijaya, Batu Pahat & Kluang.




CARA PERTAMA (SECARA SMS)

1)Pilih TEMPAT dan TARIKH LOKASI yang dikehendaki.
2) SMS, NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN, TEMPAT dan TARIKH KURSUS.
3) Hantar SMS ke Nombor 
( PUAN ASHA 00 )
4) Tunggu sehingga anda mendapat sms balasan 
"TEMPAHAN DITERIMA"
 dalam tempoh 24 jam



Selepas membuat tempahan sama ada peserta kursus adalah digalakkan untuk mencetak sendiri "Borang Pendaftaran Kursus"  dan dibawa semasa hari pendaftaran. Ini juga bertujuan untuk mengelakkan berlaku kesesakan ketika proses pendaftaran berlangsung.

Borang Pendaftaran tersebut boleh dibuka dengan menekan pada butang yang tertulis "BORANG PENDAFTARAN KURSUS" di bahagian ATAS blog ini.


PENTING !!

• Jika anda telah mendaftar dan telah menerima sms "TEMPAHAN DITERIMA" anda harus hadir pada tarikh dan tempat yang anda mohon,sebelum pukul 8.00 pagi.


  • Pembayaran sebanyak RM120.00 perlu dijelaskan pada hari tersebut.

• Semasa pendaftaran anda perlu sertakan 1 keping gambar ukuran passport dan salinan kad pengenalan (gambar yang disertakan: LELAKI memakai songkok, perempuan - bertudung).

• Pakaian peserta lelaki hendaklah berbaju melayu lengkap bersongkok. Manakala pakaian perempuan hendaklah berbaju kurung dan bertudung.

(Lelaki umur 50 tahun dan perempuan umur 45 tahun tidak perlu menghadiri kursus)


Kerjasama anda amat kami hargai, terima kasih.




MAKLUMAT TAMBAHAN

  • Berdaftar dengan Jabatan Agama Johor.
  • Menggunakan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Negeri Johor.
  • Penceramah-penceramah bertauliah.
  • Sijil Kursus dikeluarkan oleh Jabatan Agama Johor dan diiktiraf seluruh negeri di Malaysia serta tiada had tempoh.
  • Serahan sijil pada hari kursus.
  • Fail dan nota kursus disediakan.
  • Dewan Kuliah berhawa dingin dan lengkap dengan kemudahan yang diperlukan termasuk surau.
  • Makan dan minum disediakan sepanjang kursus.
  • Khidmat nasihat sebelum, semasa dan selepas kursus.
  • Yuran yang berpatutan: RM120.00 (termasuk makan & minum dua hari sepanjang kursus).